Thursday, 18 February 2016

TIP PERCUTIAN BAJET KE PULAU PERHENTIAN

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? yuhhuuu... kali ni saya nak kongsikan sikit tipssss untuk bercuti di Pulau Perhentian..

tip ni untuk yang datang dari arah selatan semenanjung Malaysia (cehhhh)

untuk penginapan dan aktiviti kat sana, depends kat engkorang, nak backpacker or cari agen.. kat sana memang banyak agen2, tapiiiii.. kalau korang nak backpacker time peak season (Mac-Julai).. rezeki korang la kalau dapat tempat penginapan... kalau cari agen, cari la yang bole bagi murah punya..

Saya pergi haritu RM 150 seorang untuk 2 hari 1 malam siap chalet, bot pergi balik dan snorkeling 5 checkpoint tanpa makan. Saya pergi berempat.
Pasal makan, makan sana kene pandai cari, dekat fisherman village je yang murah. Tempat lain mahal. Nasi goreng kampung RM 8. Telor + sayur + ikan bilis RM 4. Tapi sedap je. Kalau takde pilihan, tak payah la ikat perut, beli je la.
Kalau korang masuk kan sekali pakej makan, korang akan terikat dengan menu. Terpaksa makan apa yang disediakan, hmmmm..
Orang2 dekat sana memang sporting, pandai2 la kautim dengan diorang.

proceed to perjalanan

ok guys, ini starting point saya : Stesen Bas Batu Pahat
naik bas je senang, sampai sana mata tak rabak...
saya beli tiket ke arah Kota Bharu since, Pulau Perhentian yang terletak di jeti kuala besut ni lebih dekat kalau datang dari arah Kota Bharu, Kelantan berbanding dari Kuala Terengganu.. (baca sampai habis, karang ada yang terus assume turun Kota Bharu)..

memandangkan takde tiket BP - JERTEH..

Bas BP - Kota Bharu ni akan berhentikan orang dekat Jerteh.. Korang kene turun di Jerteh, jangan pulak sedap tidur sampai terlajak ke Kota Bharu.

Sebab apa turun di Jerteh?
Sebab korang akan naik teksi untuk ke kuala besut. Takde bas express okeyh dari BP - Kuala Besut.
Harga satu teksi dari Jerteh ke Kuala Besut = RM 20
Cuba bayangkan korang turun kat Kota Bharu, harga teksi akan naik RM 80.. oh mennnn... kopak duit..

Jangan risau, pepagi buta lagi pakcik teksi dah tunggu.. saya sarankan jangan naik prebet sapu la ye... lebih selamat naik teksi..

sampai di jeti kuala besut, agen sana akan sambut dan bawa korang naik atas bot. Perjalanan bot ke pulau makan masa 45 minit.

Diorang sendiri akan tau dan hantar kat mana chalet yang engkorang dah booking. Jangan risau. Lagi sekali jangan risau kalau diorang past2 korang kat orang lain, sebab diorang semue tahu lokasi chalet korang, korang tak payah bagitau pon. Sebab korang dah deal dengan agen pelancongan.


Sampai kat chalet, siap2 pakai baju mandi, praktis la dulu snoker kat tepi pantai.. dengan alatan yang disediakan, rugi tak praktis awal-awal. (NOTE: ada chalet yang pasang generator hanya waktu malam, maknanya siang takde elektrik)

okeyh, saya ringkaskan untuk perjalanan balik. sama juga, korang naik teksi ke Jerteh, dan cari bas ke BP, macam saya haritu, contact kaunter bas kat Kota Bharu, suruh ambil saya dekat Jerteh. Kat Jerteh tu engkorang jalan2 la dulu, makan dekat pasar payang pon best jugak.

Kesimpulannya,

tiket BP - Kota Bharu (drop at Jerteh) = RM 66 seorang
tiket Kota Bharu (from Jerteh) - BP = RM 66 seorang
harga teksi Jerteh - Kuala Besut = RM 20 (1 teksi) seorang RM 5
harga teksi Kuala Besut - Jerteh = RM 20 (1 teksi) seorang RM 5
harga pakej 2 hari 1 malam = RM 150 seorang
makan = RM 30
total = RM 320
okeyh dah kot...



1 comment:

  1. Dr pulau tu awak keluar naik boat pukul berapa. Then awak Jalan g pasar payang tu naik apa ek.

    ReplyDelete