assalamualaikum.. lame dah ayien tak update blog kan... ok.. story kali ini ayien share sebab ayien duduk kat SM1 uitm kuala pilah.. tak tahu story ni betul ke tak? mase ayien daftar dulu, ayah ade berbual dengan seseorang yang menceritakan kisah batu itu..
Katenyer..... batu itu asalnyer ade 3.. tetapi tinggal satu sebab dua lagi dah di bom.. dan orang yang mengebom batu itu terus sakit dan meninggal dunia.. INNALILLAH.... bile bende tu berlaku tak tahu la.. ape korang fikr dalam kepale otak korang?? haaa.... dan sampai sekarang batu tu ade lagi di situ.. semoga ALLAH kuatkan hati untuk berdepan dengan pelbagai situasi...
Ayien tak nak story dengan kengkawan serumah pasal takut diorang cemas.. biarlah perkara ini mereka tahu selepas keluar dari uitm tu... ataupun mereka terbaca diary nih....
DI PUBLISH (minggu krismas part 1/2012)
Saturday, 22 December 2012
Tuesday, 23 October 2012
KENANGAN TERAKHIR!!
Sekadar berkongsi
cerita.. dan kenangan bersama arwah nenek yang kami semua sayangi... al-
fatihah disedekahkan sebelum menulis post ini...
Pada tanggal 20
September 2012 nenek dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana ayah melihat
nenek semakin lemah sampai tidak mampu celik mata... Beberapa hari sebelum itu,
nenek dihantar ke rumah pakcik aku kerana kami sekeluarga ingin balik kampung
sebelah ibuku di Kota Tinggi. Nenek memang kelihatan kurang sihat mungkin penat
berpindah-randah...
Petang hari pertama di
hospital, nenek dijaga oleh saudaraku yang dipanggil Zura. Pada esoknya,
anak-anak nenek dari jauh dan dekat bertandang di hospital itu untuk bertukar
syif menjaga nenek.. Selalunya apabila bukan waktu melawat, pelawat tidak
dibenarkan masuk, tapi kami lebih kurang 30 orang masuk juga ke tingkat dua
dari pagi sampai pagi esoknya.. sehingga hari isnin, ramai anak nenek balik ke
rumah masing-masing kerana ada yang bersekolah. Aku sekeluarga dan juga makcik
pakcik yang tinggal berdekatan berganti-ganti syif menjaga nenek.. Pada hari
Rabu, baru aku mendapat pass melawat memandangkan aku selalu naik turun
hospital tu.. Nenek disahkan mempunyai jangkitan kuman. 5 organ nenek rosak
teruk.
Sepanjang di hospital,
nenek tidak bercakap sepatah pun.. mata nenek pun kejap celik, kejap pejam..
Hari Jumaat, sekali lagi
anak-anak nenek berkumpul.. seperti mengetahui sesuatu akan berlaku, sembilan
orang kesemuanya ada sekitar Batu Pahat, menumpang tidur di rumah adik-beradik.
Petang itu, tugas adik saudara aku menjaga nenek bersama maknya dan Ucu, itu
adalah kali pertama baginya yang tidak pernah menjaga nenek ketika di wad..
Malam pula tugas Mak Anjang, Pak Anjang, Ira (kakakku) dan Cik Ita.. Manakala,
aku dan yang lain di rumah Cik Ita dan Mak Itam.
Tiba masanya, pada pukul
12 malam syif aku, mak dan mak ngah menjaga nenek sampai ke pagi. Walaupun
sepatutnya hanya dibenarkan 2 orang sahaja menjaga pesakit, tetapi aku
berselindung di sebalik langsir. Aku duduk bersebelahan kepala nenek sehingga
pukul 3 pagi. Mak dan mak ngah duduk di hujung kaki nenek rancak berbual.
Mataku sudah mengantuk lalu aku menyusun dua buah kerusi betul-betul
bersebelahan nenek untuk aku baring. Aku terlena sampai pukul 5 pagi. Mak aku
sudah ke surau untuk tidur dan bersembahyang di sana, kemudian mak ngah pula ke
surau untuk sembahyang. Aku seorang menjaga nenek sampai mak ngah kembali.
Ketika itu, aku melihat nenek masih bernafas. Lalu aku pula ke surau.
Di surau aku tertidur
sampai pukul 6 pagi dan terus menunaikan solat. Mak aku pula masuk ke wad untuk
menjaga nenek. Selesai solat aku duduk di luar wad, untuk menyegarkan mata.Aku
bermain game dan mendengar lagu seketika. Apabila bosan, aku masuk semula ke
wad. Melihat ramai jururawat yang sibuk bertugas aku mengambil keputusan untuk
melihat sekejap nenek dan keluar semula. Ketika aku sedang mendengar lagu pada
pukul 6.50 pagi, mak ngah aku keluar dan bertanya samada hp aku mempunyai
kredit, aku mengangguk dan memberi hp ku kepadanya. Mak ngah menyusul masuk ke
wad. Aku yang terlupa bahawa hp mempunyai password, lalu aku pun masuk ke wad
untuk mengejar mak ngah.
Sampai di katil nenek,
aku lihat nenek sudah dihadapkan ke dinding. Tidak pula aku tahu mengapa doktor
berbuat seperti itu. Lalu doktor dan jururawat membuat kerja
masing-masing. Mak aku yang kegelisahan merasa nadi nenek lalu memanggil
jururawat. Jururawat pun memeriksa nadi dengan tangan lalu memanggil doktor.
Doktor datang membawa mesin yang membolehkan kita melihat nadi nenek.
Terpampang jaluran hijau yang lurus dengan tanda 0. Kami semua sudah tahu nenek
sudah pun tiada. Aku menangis sambil memegang kuat begku. Aku capai semula hp
ku dan terus menelefon ayah. Aku tidak mampu bersuara. Mak mengambil hp dan
memberitahu ayahku. Sementara jururawat mengemas katil nenek, aku dan mak ngah
keluar wad dan duduk di kerusi membaca yasin. Mak dan mak ngah tidak menangis,
mereka sungguh tabah. Hanya aku yang menangis di situ.
Pak Anjang dan Cik Ateh
sampai, kami masuk bersama. Jururawat membenarkan kami membaca yasin disebelah
arwah nenek. Aku membaca sambil menangis teresak-esak. Pak Anjang dan Cik Ateh
keluar menunggu jenazah nenek di bawa ke bilik mayat. Setelah reda menangis.
Aku turun ke bawah untuk membeli berus gigi. Ketika mahu naik semula ke atas,
aku telah menunjukkan pass melawat kepada jaga lelaki. Jaga itu pula bertanya
kepadaku dengan nada untuk memberitahu pass aku sudah tamat tempoh.
Jaga: Adik... hari ni berapa hari bulan??
Jaga: Adik... hari ni berapa hari bulan??
Aku: 29
Jaga: Cuba adik
(aku memintas percakapannya)
Aku: nenek saya dah meninggal.
Jaga: OH (terkejut). naik! naik!
Jaga: Cuba adik
(aku memintas percakapannya)
Aku: nenek saya dah meninggal.
Jaga: OH (terkejut). naik! naik!
Ketika aku naik, nenek
sudah ditutup dengan kanvas untuk di bawa ke bilik mayat. Aku dan Cik Ateh
tinggal sebentar untuk memguruskan surat kematian. Aku mengambil kesempatan
untuk memberus gigi di wad itu. Kemudian, kami turun dengan membawa barang
nenek menuju ke bilik mayat. Kawan-kawan sepejabat Pak Anjang dan Cik Ateh
datang untuk menunaikan solat jenazah. Saudara-mara yang lain pulang ke Rengit
untuk memguruskan rumah dan menelefon orang-orang jauh. Keluarga mak sanah pula
sampai ke hospital.
Tukang kapan memanggil
waris yang ingin tolong memandikan nenek. Ketika itu, aku, mak dan mak ngah
yang kesemuanya belum mandi merelakan diri untuk tolong memandi dan
mengkapankan nenek. Mak sanah, syaza, cik ateh, pak anjang dan ayah zamani
duduk di luar. Ini adalah pengalaman pertama kami memandi dan mengkapankan
jenazah. Ketika, di dalam bilik itu, hanya kami berempat sahaja yang tahu
keadaan nenek. Sungguh memilukan. Seperti ada sesuatu yang mendorong aku untuk
bersemangat. Tiada lagi air mata yang mengalir. Selesai dikapan, waris
dibenarkan mencium nenek, kami yang perempuan mencium muka nenek yang berbau
wangi, nenek ditutup pula dengan kain batik dan di sembahyangkan.
Kemudian dimasukkan ke
dalam van jenazah. Kami bertiga yang belum mandi sekali lagi menjadi peneman
nenek di dalam van itu sehingga sampai ke rumah nenek di Kampung Sungai Dulang. Ketika itu sudah ramai yang berkumpul di rumah kayu itu. Orang jauh dan dekat
semua menyedekahkan doa untuk nenek. Nenek disembahyang kan sekali lagi.
Anak-anak nenek yang belum berkesempatan mencium pula mengambil giliran. Nenek
di bawa masuk ke dalam van dan dibawa ke tanah perkuburan. Ketika itu, kami
yang perempuan tidak pergi ke sana. Cuma ada segelintir sahaja. Nenek di
kebumikan bersebelah kubur arwah atuk kami.
Tarikh nenek meninggal:
29 September 2012
Tarikh atuk meninggal:
25 September 1997
Tabik kat seluruh ahli keluarga sebab tak henti-henti bacakan yasin untuk nenek. Harap kita semua akan kerap memeriahkan rumah nenek dan selalu berjumpa. :)
Tabik kat seluruh ahli keluarga sebab tak henti-henti bacakan yasin untuk nenek. Harap kita semua akan kerap memeriahkan rumah nenek dan selalu berjumpa. :)
Sekian, wassalam.
Tuesday, 18 September 2012
PANDU HEMAT JIWA SELAMAT
ASSALAMUALAIKUM..
hahaha.. kali nie title nyer agak pelik.. tadi aku pegi batu pahat same mak ngan kakak aku.. nak melawat nenek aku.. mak aku la yang drive.. mak aku ni jarang drive jaoh2.. hah.. jadi bile kiteorang sebagai penumpang nih seram sejuk je la kan..... mak aku nih bawak agak laju dan rapat ngan kereta depan.. so, taw2 je la kan kalo tetibe kereta depan brake mengejut, makin la seram sejuk.. bile sampai rumah jer.. mengucap panjang ler sebab selamat sampai..
korang sume jangan la pandu macam mak aku nih.. membahayakan keselamatan kay!! k bye.. MUAHAHAH

Monday, 18 June 2012
MemBUaT UcapAN KoMEn
hai kawan- kawan kali ni ayien nak kongsi cara buat ucapan selamat datang dan tinggal komen..
macam yang anda tengok masa anda buka blog ayien..
1. Masuk ke Design > Page element
2. Add a Gadget
3. Html/Javascript
4. Dan masukkan kod ini padanya..
5. Anda boleh ubah perkataan dari Selamat-ya.. mengikut citarasa anda
6. Jangan lupa tekan butang save ya.. then tengok hasilnya

BerKoNGsi IlmU
OK.. SEBENARNYA AYIEN TAK PANDAI SANGAT NK POST CARA MENCANTIKKAN BLOG NIH... TAPI UNTUK PENGETAHUAN SEMUA AYIEN UBAHSUAI BLOG NI KERANA BELAJAR DARI BLOG ORANG LAIN..
IN BLOG NYER, DAN SEGALANYA ADA DI SINI.. SELAMAT MENCUBA
http://teknikbuatblog.blogspot.com/2010/03/memasukkan-video-youtube-pada-blog.html
IN BLOG NYER, DAN SEGALANYA ADA DI SINI.. SELAMAT MENCUBA
http://teknikbuatblog.blogspot.com/2010/03/memasukkan-video-youtube-pada-blog.html
Monday, 4 June 2012
hai kawan...
hrmmm.. cuti sekolah nie.. bolehlah kawan kawan pergi melancong yerk.. betol x? tapi kalo macam ayien nie... cuti sekolah kene kerje... tapi ayien nak kongsi kepada kawan kawan mana destinasi yang menarik boleh kawan kawan pergi... tetapi sebelom itu ayien nak bagi tips dan nasihat sikit..
1. pergi ke kawasan tumpuan orang ramai..
2. jaga keselamatan diri..
3. sentiase membawa handphone kemana2.. memandangkan sekarang dunia sudah canggih.. kanak kanak
digalakkan membawa handphone,,
4. membawa kad pengenalan kemana sahaja...
5. membuat perancangan awal..
dan ini adalah salah satu tempaty yang menarik...
1. bukit merah laketown resort,perak..
https://www.google.com.my/search?q=bukit+merah+laketown+resort&hl=en&prmd=imvns&source=lnms&tbm=isch&ei=cDHMT7LLHojtrQffjIGwDg&sa=X&oi=mode_link&ct=mode&cd=2&ved=0CMEBEPwFKAE&biw=1024&bih=499
2. bukit gambang resort,pahang
https://www.google.com.my/search?q=bukit+merah+laketown+resort&hl=en&prmd=imvns&source=lnms&tbm=isch&ei=cDHMT7LLHojtrQffjIGwDg&sa=X&oi=mode_link&ct=mode&cd=2&ved=0CMEBEPwFKAE&biw=1024&bih=499
3. tanah tinggi cameron highland
https://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=499&tbm=isch&sa=1&q=cameron+highland&oq=cameron+hi&aq=0&aqi=g10&aql=&gs_l=img.1.0.0l10.102376.107596.0.109397.24.17.0.0.0.3.190.1450.8j7.17.0...0.0.ixfCblm968M
4. A famosa waterworld
https://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=499&tbm=isch&sa=1&q=waterworld&oq=waterwold&aq=0s&aqi=g-s10&aql=&gs_l=img.1.0.0i10l10.30320.38540.0.41100.18.14.0.0.0.0.290.1550.4j7j1.14.0...0.0.OILSYMndV04
hah.. dan banyak lagi tempat menarik..

Sunday, 29 April 2012
For reader : silA aJaR SayA
ayien mintak tolong sesiape yang pro memasang widget tentang mgentahui jumlah pembaca.. tolong ajarkan... dan sesiapa yang pandai mencantikkan blog nie... please... :)
Thursday, 26 April 2012
PeNAtt..
Hari nie aq berusaha nk mncantikkn blog aq.. puas aq bkak blog org pastu bile try kat blog aq x menjadi... knpe ah????? smpai sakit mate aq... korang ad idea lain x??
Wednesday, 25 April 2012
HARI FIRST BOOWHAT BLOG...
Hai semue... Okay.. Hari nie hari first aq buat blog... yelah.. orang tak mahir lagi macam aq nie, mane pandai menghias blog kan...kan..kan.. ok ar.. ari nie 25/4/2012.. ari rabu... yelah... baru abis spm (lepasan spm2011)... baru bleh slalu bukak internet kan... kalau dulu tersalah taip pon x tau macam mane nk padam... tapi tu zaman sekolah rendah...citer arinie aq dapat tawaran matrik ke tangkak... tengah pikir nak g ke x???? banyak soaln dlm kepale aq.. termasok bilik air nyer ok ke x... hrmmm... x pe lah.. lame lgiy nk daftar..
ermmm... buku aq ilang.... mane nie.. baru nk bocorkan rahsia mase sekolah dulu.... k ar babai... skang dh kol 22.44 mlm...
ermmm... buku aq ilang.... mane nie.. baru nk bocorkan rahsia mase sekolah dulu.... k ar babai... skang dh kol 22.44 mlm...
Subscribe to:
Posts (Atom)